Sabtu, 19 Januari 2013

SUNNAH RASULULLAH MELAYANI ISTERI

 CARA RASULULLAH MELAYANI ISTERI


 1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina

‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina




 ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’




PEMAKANAN CARA RASUL

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


 1)KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".




 2) KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a..s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.




 3) MADU Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

SUNNAH BERSUGI

  KAYU SUGI vs BERUS GIGI

 


Baru-baru ini, majalah SOLUSI volume 3 yang telah mengkritik hebat kayu sugi dan minyak atar yang ditulis oleh saudara seIslam kita. Dalam penulisannya memberitahu bahawa kalau nak amal sunnah perlu ikut zaman. Walaubagaimanapun, disini bukanlah untuk membuat fatwa atau hukum tetapi disini lebih kepada pendapat sahaja dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Segala teguran dan pandangan yang baik sangat dialu-alukan.
Sebelum itu, disediakan kelebihan bersiwak sepertimana yang terdapat dalam banyak hadith.


Fadhilat Miswak

"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)
Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)

Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)
Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."


Subhanallah, Maha suci Allah… sungguh indah dan sempurna agama yang diturunkan-Nya, sungguh mulia hukum-hukum yang disyariatkan-Nya, kerana tak ada satupun dari apa-apa yang diturunkan-Nya dan apa-apa yang diciptakan-Nya kecuali pasti ada manfaat dan hikmahnya. Kesempurnaan islam ini benar-benar tiada bandingannya oleh agama-agama selainnya. Diantara kesempurnaan Islam adalah syariat bagi ummatnya untuk menjaga kebersihan dan kesehatan, seperti kewajiban istinja’ setelah buang air, mandi janabat setelah junub, bahkan banyak sekali hikmah-hikmah syariat yang tersingkap dalam ajaran islam yang telah dibuktikan oleh sains modern, seperti khasiat madu, habbatus sawda’ (jinten hitam), minyak zaitun hingga ‘si kayu ajaib’ siwak yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan gusi.

Setelah kedatangan islam, Rasulullah s.a.w menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda : “Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesehatan gigi.

Tahukah anda bahawa bersugi itu penting dalam Islam?
Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Kesan pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.
Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menaggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.
Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.

Berus Gigi Linen atau Plastik


Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.

Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.

Kerisauan Yang Berasas..


Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),

“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”

Disaat umat islam dilanda kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda s.a.w.
p/s: Secara logiknya, kayu sugi lebih mudah senang dibawa kemana-mana berbanding berus gigi. Hanya letak di dalam poket yang tidak memerlukan ubat gigi. Malah beberapa zat vitamin yang Allah s.w.t bagi terdapat pada kayu sugi. Kita digalakkan untuk bersuci gigi setiap kali hendak solat tetapi adakah kita sanggup bawa berus gigi dan ubat gigi dalam poket kita kemana sahaja kita pergi. Memang tidak pernah aku tengok orang buat macam tu tetapi sangat mudah jika bawa kayu sugi yang sememangnya banyak kelebihannya.

Malah jika kita perhatikan zaman sekarang, ubat gigi kadang-kadang yang tidak bersumberkan yang halal dan mempunyai banyak bahan kimia yang berbahaya. Memang susah sangat untuk kita meneliti sumber yang haram yang terdapat dalam sesetengah ubat gigi. Tidak dinafikan juga terdapat ubat gigi yang halal seperti keluaran HPA.Namun jika kita menggunakan kayu sugi telah dijamin halal 100% kerana sumbernya semulajadi dari pokok yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Mengikut pengalaman penulis yang selalu guna kayu sugi, apabila kita nak solat, lidah kita akan menjadi ringan dan lembut untuk melafazkan bacaan ayat al-Quran dan zikir. Subhanallah. Best sangat rasanya jika dibandingkan selepas penggunaan ubat gigi dan berus gigi.

Kepada yang nak amalkan kayu sugi tetapi malu atau tidak tahu menggunakkannya maka digalakkan kita keluar jalan Allah s.w.t. InsyaAllah akan diberikan kekuatan untuk tangkis perasaan malu untuk melakukan kebaikan dan amal sunnah. InsyaAllah kita semua sedia!

TIDUR MENGIKUT SUNNAH

SUNNAH RASULULLAH SEBELUM TIDUR                 


Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur :

1.   Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2.   Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk   orang yang meninggal dunia.

3.   Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4.   Membaca  4 Qul lalu meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

5.   Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6.   Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

7.   Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan:
 Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.

SUNNAH BERPAKAIAN

 Cara Memakai Dan Melepaskan Pakaian

Syaikh Khalid al Husainan

Salah satu permasalahan yang kerap kali dialami oleh kebanyakan manusia dalam kesehariannya adalah melepas dan memakai pakaian baik untuk tujuan pencucian pakaian, tidur, atau yang selainnya.

Sunnah-sunnah yang berkaitan dengan melepas dan memakai pakaian adalah sebagai berikut:

[1]. Mengucapkan Bismillah [Dengan Nama Allah]

Hal itu diucapkan baik ketika melepas maupun memakai pakaian. Imam An-Nawawy berkata :

"Artinya : Mengucapkan bismillah adalah sangat dianjurkan dalam seluruh perbuatan"

[2]. Berdo'a Ketika Memakai Pakaian

Hadits Rasulullah saw

"Artinya : Rasulullah saw apabila memakai pakaian atau baju lengan panjang atau jubah atau kopiah beliau selalu berdoa: "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan dari tujuan pakaian ini dibuat. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan dan keburukan tujuan pakaian ini dibuat." [HR. Abu Dawud , At-Tirmidzi. Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban] [1]

Hakim berkata, "Sesuai dengan syarat Muslim dan disetujui oleh Dzahabi"

[3]. Memulai Dengan Yang Sebelah Kanan Ketika Akan Memakai Pakaian

Berdasarkan Nabi saw

"Artinya : Apabila kalian memakai pakaian maka mulailah dengan yang sebelah kanan" [HR. At-Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu Majjah. Dan hadits ini shahih] [2]

[4]. Melepaskan Pakaian Atau Sarung Dengan Mendahulukan Yang Sebelah Kiri Kemudian Sebelah Kanan.



 Fesyen Pakaian Rasulullah dan Larangan Melabuhkannya

Dari Abdullah Bin Umar r.a berkata “Aku pernah melintasi (di hadapan) Rasulullah S.A.W dengan mengenakan (memakai) pakaian labuh..maka Baginda bersabda, ” Wahai Abdullah ! Naikkan/tinggikan kainmu. ” maka aku menaikkannya.. Baginda bersabda lagi, “Tambahkan (naikkan) lagi. ” maka aku tambah lagi..kemudian aku teruskan tidak meninggalkan cara berpakaian seperti itu selepas itu..beberapa kaum yang bersama bertanya..sampai paras mana? Baginda bersabda lagi, “PERTENGAHAN BETIS..”  (Hadith Riwayat Muslim). 

“Kain sehingga buku lali. TIDAK ADA KEBAIKAN untuk kain yang lebih bawah dari itu” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu: ‘Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni, maksudnya, ‘Tepat pertanyaan engkau’). Telah bersabda Rasulullah (s.a.w) kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yang bermaksud: (Bahagian bawah)  
Pakaian orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. 

 Sesiapa melondehkan (i.e. memanjangkan atau melabuhkan dengan sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak melihat Allah swt kepadanya (di akhirat kelak). [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian].

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).
Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah swt (walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia). Begitu juga orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa kepada azab neraka.
Gafir [60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, kain (bawah yang labuh melebihi) dua buku lali, ia berada dalam api (neraka).

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.

Berkata Abu Hurairah r.a, satu ketika seorang lelaki bersolah, kain yang dipakainya labuh. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya pergi berwuduk semula, maka orang itu pun pergi. Kemudian itu ia datang, bertanya seorang lelaki (sahabat) katanya, wahai Rasulullah apakah sebabnya tuan menyuruhnya berwuduk (semula). Sabdanya (jawab) sesungguhnya ia telah bersolah (dalam keadaan) kain yang dipakainya itu labuh, dan sesungguhnya Allah (swt) tidak menerima solah seseorang lelaki yang kainnya labuh.

“Orang yang solat dalam keadaan isbal (labuh lebih buku lali), tidaklah dalam keadaan dihalalkan dan tidak pula dalam keadaan yang diharamkan Allah” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud) Maksud hadith ini orang tersebut tidak beriman kepada perkara yang Allah halalkan dan yang Allah haramkan.

Kebanyakan ulama berpendapat lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari India berpendapat bahawa “tidak diterima solah” itu bermaksud “tidak diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima Allah s.w.t. dan lipatlah kain seluar agar tidak menutupi buku lali.

SUNNAH KETIKA BERCAKAP

Rasulullah S.A.W bersabda, Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“.



1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3. Jika seoarang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan  orang yang jahil dalam agama

7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

CARA MEMOTONG KUKU

 Cara memotong kuku jari tangan:

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan.

Cara memotong kuku jari kaki:


Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

Waktu memotong kuku:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Kesimpulan? Potong hari Jumaat, dan jangan simpan lebih dari 40 hari.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.