Cara Memakai Dan Melepaskan Pakaian
Syaikh Khalid al Husainan
Salah satu permasalahan yang kerap kali dialami oleh kebanyakan manusia dalam kesehariannya adalah melepas dan memakai pakaian baik untuk tujuan pencucian pakaian, tidur, atau yang selainnya.
Sunnah-sunnah yang berkaitan dengan melepas dan memakai pakaian adalah sebagai berikut:
[1]. Mengucapkan Bismillah [Dengan Nama Allah]
Hal itu diucapkan baik ketika melepas maupun memakai pakaian. Imam An-Nawawy berkata :
"Artinya : Mengucapkan bismillah adalah sangat dianjurkan dalam seluruh perbuatan"
[2]. Berdo'a Ketika Memakai Pakaian
Hadits Rasulullah saw
"Artinya : Rasulullah saw apabila memakai pakaian atau baju lengan panjang atau jubah atau kopiah beliau selalu berdoa: "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan dari tujuan pakaian ini dibuat. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan dan keburukan tujuan pakaian ini dibuat." [HR. Abu Dawud , At-Tirmidzi. Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban] [1]
Hakim berkata, "Sesuai dengan syarat Muslim dan disetujui oleh Dzahabi"
[3]. Memulai Dengan Yang Sebelah Kanan Ketika Akan Memakai Pakaian
Berdasarkan Nabi saw
"Artinya : Apabila kalian memakai pakaian maka mulailah dengan yang sebelah kanan" [HR. At-Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu Majjah. Dan hadits ini shahih] [2]
[4]. Melepaskan Pakaian Atau Sarung Dengan Mendahulukan Yang Sebelah Kiri Kemudian Sebelah Kanan.
Fesyen Pakaian Rasulullah dan Larangan Melabuhkannya

“Kain sehingga buku lali. TIDAK ADA KEBAIKAN untuk kain yang lebih bawah dari itu” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad).
Diriwayatkan
hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku
bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi
Said memberitahu: ‘Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni,
maksudnya, ‘Tepat pertanyaan engkau’). Telah bersabda Rasulullah (s.a.w)
kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima
bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua
fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yang
bermaksud: (Bahagian bawah)
Pakaian
orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa
atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua
matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras
kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka.
Sesiapa melondehkan (i.e. memanjangkan atau melabuhkan dengan sengaja)
pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah
menyombong (maka), tidak melihat Allah swt kepadanya (di akhirat kelak).
[Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian].
Rasulullah
s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali)
kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu
Dawud).
Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah swt (walaupun
dia tidak sombong kepada sesama manusia). Begitu juga orang yang tidak
menyembah Allah ialah orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa
kepada azab neraka.
Gafir [60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
Berkata
Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, kain (bawah yang labuh
melebihi) dua buku lali, ia berada dalam api (neraka).
Berkata
Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t.
tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.
Berkata
Abu Hurairah r.a, satu ketika seorang lelaki bersolah, kain yang
dipakainya labuh. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya pergi berwuduk semula,
maka orang itu pun pergi. Kemudian itu ia datang, bertanya seorang
lelaki (sahabat) katanya, wahai Rasulullah apakah sebabnya tuan
menyuruhnya berwuduk (semula). Sabdanya (jawab) sesungguhnya ia telah
bersolah (dalam keadaan) kain yang dipakainya itu labuh, dan
sesungguhnya Allah (swt) tidak menerima solah seseorang lelaki yang
kainnya labuh.
“Orang
yang solat dalam keadaan isbal (labuh lebih buku lali), tidaklah dalam
keadaan dihalalkan dan tidak pula dalam keadaan yang diharamkan Allah” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud) Maksud hadith ini orang tersebut tidak beriman kepada perkara yang Allah halalkan dan yang Allah haramkan.
Kebanyakan
ulama berpendapat lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain
menutupi buku lali tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari
India berpendapat bahawa “tidak diterima solah” itu bermaksud “tidak
diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu berhati-hatilah agar
sembahyang kita diterima Allah s.w.t. dan lipatlah kain seluar agar
tidak menutupi buku lali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan