Assalamualaikum,,
SUNNAH,,perkataan itu hampir setiap masa kita dengar tapi adakah kita sebagai umat rasul mengamalkannya??tepuk dada tanya selera..itulah yang kami empat sahabat boleh berkata kerana kadang-kadang kita semua tahu tentang sunnah-sunnah nabi tapi kita sengaja tidak mengamalkan nya.Mungkin ramai pihak tidak peka tentang kebaikan dan kesan nya apabila kita mengamalkannya.Jadi disini kami cuba mencari dan berkongsi dengan pembaca semua,harap selepas ini semua pembaca dapat mengamalkan sunnah-sunnah rasul.
Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau
tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul
SAW bersabda:
"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang
yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta
sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak)
nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)
"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya
pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat
(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya
hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan
dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang
dimaksudkan oleh bahasa.
Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang dipindahkan dari
nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan,
perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan
menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan
bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.
Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yang
dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya
dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum.
|
Sebelum Rasulullah wafat baginda menyampaikan wasiatnya yang terakhir yang berbunyi " Kutinggalkan untuk kamu dua perkara, nescaya kamu tidak akan SESAT SELAMA-LAMANYA, Selagi kamu berpegang kepada keDUA-DUAnya iaitu KITABULLAH dan SUNNAH RASULNYA" Sunnah RasulNya di situ bermaksud sunnah Rasul-Rasul Allah..di mana Rasul-rasul Allah telah byk menghabiskan masa dan tenaga dalam memperjuangkan agama Islam dan dalam menegakkan Islam..dan sunnah itu yang dilaksanakan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W..Yang itu lebih diutamakan..dan wajib kita laksanakan..(Hadith riwayat Malik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan